Sunday, June 15, 2008

Majlis Perhimpunan Waris Opu Daeng Lima Bersaudara

Lima Bersaudara Mengorak Buana

Pihak Persatuan Keturunan Opu Daeng Perani akan mengadakan satu Majlis Perjumpaan Waris Opu Daeng Lima Bersaudara.

Tujuan diadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan tali silaturrahim antara waris Opu Daeng Lima Bersaudara.

Tarikh: Sabtu, 12 Julai 2008
Waktu: 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi: Kampung Ekor Lubuk, Sidam Kiri, Kedah

Pelbagai aktiviti akan dijalankan. Antaranya:

  • Bacaan tahlil
  • Syarahan mengenai Sejarah Bugis Malaysia dan Luar Negara
  • Jamuan Makan
  • Pameran Artifak Bugis
  • Sukaneka
  • Pendaftaran ahli persatuan

Penaung majlis ini ialah Tan Sri Dato' Professor Emeritus Dr. Ismail B. Hussein .


Kami menjemput & mengalu-alukan kehadiran semua waris keturunan Opu Lima Bersaudara dari Malaysia dan luar negara.


Kepada waris yang akan hadir, sila hubungi nombor yang tertera di bawah untuk mengesahkan kehadiran anda. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak urusetia dan melancarkan perjalanan majlis ini.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Persatuan Keturunan Opu Daeng Perani di nombor +6012 5791984 atau +6012 5738234 / +6017 452 3119

35 comments:

Radzi Sapiee said...

Hmm... Menarik. Eloklah dikumpulkan segala cerita yang dapat tentang Daeng Parani di sini.
Cuma dukacita bagi diri saya tidak dapat turut hadir pada tarikh yang termaktub kerana terikat dengan beberapa hal di Kuala Lumpur. Maka sampaikan salam saya kepada saudara- mara di sana daripada saya Radzi Sapiee @ si Merah Silu, dari keturunan Raja Haji ibni Opu Daeng Chelak di sebelah ibu... Dan bapa dari keturunan Laksamana Raja Mahkota Perak yang bermula daripada Nakhoda Hitam @ Daeng Hanasah yang beribukan Ratu Sedinding binti Opu Pajung Luwuk (abang Opu Daeng Rilaga) ibni Opu La Madussalat.
Wassalam! :]

WakDaeng said...

Saya sangat menyokong usha2 sebegini dan akan kesana jika ada kelapangan dan kenapa tidak disatukan semua sasilah dari lima beradik ini. Saya dan keluarga dari keturunan Daeng Marewa dan jika inginkan maklumat lanjut mungkin boleh berjumpa terus dgn Tengku Daeng Baha Ismail yg berada di Perpat Batu Pahat.

Persatuan Keturunan Opu Daeng Perani said...

Assalammualaikum,

Terima kasih yang tak terhingga di atas kesudian waris-waris melawati blog ini.

Diminta agar anda menghebahkan kewujudan blog ini. Supaya semua waris di luar sana dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan.

Insyallah, diberkati usaha yang mulia ini.

yatim said...

Assalamualaikum saya Mohamad Yatim b Abd.Rahman dari keturunan Opu Daeng Perani,bersyukur kehazerat Allah kerana berpeluang dapat bertemu seluruh keluarga Daeng lima bersaudara pada perhimpunan tersebut. Ribuan terima kasih kepada pihak pengajur yang bekerja keras menjayakanya,hanya Allah saja yang akan membalas jasa baik t/puan TQ 017 5976813.

Persatuan Keturunan Opu Daeng Perani said...

Encik yatim,

Jika tidak menjadi keberatan, hantarkan cerita anda berserta gambar jika ada kepada opudaengperani@gmail.com

kongsi pengalaman anda :)

Anonymous said...

gambar tiada ka?
liputan mcm majalah tiga,tv3 tk de?

waris aloq staq said...

salam. eloklah dibuat liputan atau laporan sikit kat sini walaupun tanpa tv3. waris2 yang tak dapat hadir nak juga dengar cerita.

Gelembai said...

Assalamualaikum.
Saya ingin mendapatkan salasilah keturunan Daeng Parani yang terkemudian kerana saya dimaklumkan moyang saya juga berketurunan bugis menetap di kuala muda kedah, pernah menjadi penghulu di situ, pernah terlibat dalam peperangan di selangor bagi membantu tengku kudin dan kabarnya pernah dianugerah keris daripada Sultan Kedah. Adakah moyang saya dan daeng perani mempunyai perkaitan kekeluargaan? Emel saya gelembai@yahoo.com

Anonymous said...

hmmm sangat menarik.. Saya berasal dari kota kuala muda.. Tidak pernah pergi sebarang perjumpaan keluarga daeng di Sidam cuma kami adik beradik mewakilkan abang sebagai wakil keluarga kami.. jalur keturunan kami bermula daripada Wan Jaafar anak lelaki Daeng Perani.. Anak kepada Wan Jaafar yang bernama Yah telah berkahwin dengan Penghulu Abdullah.. Disitulah permulaan susur galur keluarga saya.. Saya ucapkan tahniah kepada Persatuan Opu Daeng Perani diatas usaha ini..

edelweiss said...

anonympus yang berasal dari kota kuala muda,

sila hubungi saya dengan kadar segera...terima kasih...
Yah yang anda maksudkan kemungkinan Wan Saadiah.

i may be reached at edelweis2006@gmail.com

edelweiss said...

Liza,

email your short story to
edelweis2006@gmail.com

Thanks.

Naimah_Kassim said...

Tahniah pda smua yg terlbat dlm menjyakan majlis Perhimpunan Maris Opu Daeng Lima Bersaudara ni... sy amat tertarik dengn activiti seperti ini. sya dari keturunan daeng parani, tp tak berpluang pgi ke majlis2 sblm ni... ayah dn mak sja yg pergi...harap kak liza dapat seratakan salah silah untuk daing parani.

asalbayu said...

Saya salah seorang AJK Persatuan Sejarah Cawangan Kedah (PSMCK) pernah menulis rencana berkaitan dengan hal tersebut yang turut jadi koleksi Roshazliza Abdul Razak. Selain itu, saya juga telah menulis naskhah drama pentas berkaitan dengan campurtangan Panglima Bugis 5 bersaudara dalam hal rebutan takhta Kesultanan Kedah iaitu antara Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin dengan Raja Nambang; saudara tiri baginda yang dibantu oleh Raja Kechil dari Siak dan diberi judul SENGKETA MENGUNDANG PADAH. Kumpulan Bangsawan Seri Kedah (KBSK) pimpinan Encik Morad Ibrahim (Pak Morad) merancang untuk merealisasikan pementasannya jika tidak sempat pada tahun ini (2009) mungkin pada tahun hadapan. Kesulitan yang sedang dihadapi oleh KBSK ialah berkaitan dengan dana (kewangan) kerana bagi melaksanakannya perlu mengadakan busana yang bersesuaian. Jika ada mana-mana pihak bolehlah berhubung dengan beliau di talian 019-4961912.

Anonymous said...

saya Mohd Saiful Bin Tamby... berasal dari keturunan Dang Hj. Mohd Nur (ejaan sebenar tidak dapat dipastikan)- Bugis... menurut ibu saya, Rafeah Binti Wahab, yang arwah moyang saya berasal dari keturunan Panglima Hitam (nenek sebelah emak)... Arwah atuk (sebelah emak) saya pula merupakan keturunan Naning... saya ingin sangat mengetahui asal-usul keturunan Bugis saya... kemungkinan asal-usul keturunan saya ialah daripada Daeng Parani...ini email saya : ulrich_aramis@hotmail.com ... pst : klu yang saya ketahui sampai sekarang ialah kubur moyang Jamal di sg udang melaka dan juga rumah melintang di negeri sembilan... salam...

Zuriat Temenggong Muar said...

salam,

aga kariba untuk Zuriat Waris Opu Daeng Lima Bersaudara,

syukur saya dipertemukan dengan blog ini. Saya berketurunan Bugis Riau dari sebelah almarhum datuk lelaki dan darah Raja Temenggong Muar dari sebelah nenda perempuan.
Dikesempatan ini saya ingin mencari susur galur dan keturunan atuk lelaki saya almarhum Y.M. Raja Mahmud Bin Y.M.Raja Jafar (ibni Y.A.M. Raja Haji ibni Y.A.M. Raja Celak... mungkin).
Menurut khabar berita dari nenda perempuan Y.M. Wan Ramlah (Raja Melah) Binti Wan Abdul Ghani, cucu Raja Temenggong Muar Ke-7 iaitu Temenggong Paduka Tuan Y.A.M. Engku Mohd Saleh ibni almarhum Y.A.M. Engku Ismail, Raja Mahmud dari Riau. Melarikan diri seorang diri sewaktu Perang Belanda. Tiba di Pengkalan Kota, Muar dan berkahwin dengan Wan Ramlah. Ketika itu Pengkalan Kota merupakan ibu negeri pemerintahan Temenggong Muar.
Mohon diperkenankan saudara seBugis agar pencarian saya ditemui kerana nenda Wan Ramlah sedang uzur. Wajib saya mempertemukannya dengan waris-waris seketurunan almarhum yang sedia ada.

Terima kasih. Wasalam.
www.temenggongmuar.com

fauzelah binti md puzi said...

assalamulaikum semua,

terima kasih diatas kesudian menjengah laman web ini. semoga semuanya bertujuan berlandaskan al-Quran dan sunnah. semoga laman web ini, terus menjadi perhimpunan zuriat opu dahing lima bersaudara, peminat2 sejarah, dan lain2 lagi ke arah positif yang memberi kebaikan kepada kita semua di dunia dan akhirat.amin.amin.amin ,pada saya, disini kita dapat mengerat sirahtrahim, berkongsi sejarah, warisan, kesenian dan kebudayaan yang tidak keterlaluan @ memudaratkan kita di kemudian hari @ medatangkan kemurkaan Allah S.W.T kepada kita semua.amin.amin.amin. insyaAllah jika panjang umur kita berjumpa lagi. wassalam. terima kasih sekali lagi pada semua....

DM Afnan said...

salam..kenapa sudah tidak ada info @ post baru di blog ini?

Webmaster said...

Kepada Radzi Sapiee, mohon En. Radzi menghubungi saya secepat mungkin di email mohd.rozaidy@yahoo.com atau mohd.rozaidy@information.net.my kerana saya sedang mencari susur galur keturunan arwah ibu yang di katakan oleh arwah datok (Ma'dan bin Jantan (Bukan nama sebenar)) adalah dari keturunan Opu Daeng Celak.

Terima kasih.

Hajar Robert's said...

salam semua..saya baru menyedari akan kewujudan blog nie..saya berketurunan daeng lima bersaudara..susur galur saya ialah daeng chelak..sebelah ayah..saya gen yang ke-7..saya juga ada membuat group daeng lima bersaudara..kepada yang ingin melihat atau mencari keturunan susun galur lima bersaudara boleh juga melayari www.facebook.com dan group saya bernama ~daeng lima bersaudara~ terima kasih..

noradzlina.kamdani said...

slm
sy pun br tahu ade blog ni...menurut arwah nenek sy, kami berketurunan daeng marewa dr 5 beradik tp sy xbrape jelas / maklum sgt sbb kurang diberi pendedahan...so more or less sy generasi ke 6 atau 7.
malang sekali sy mahupun ibu xtahu berbahasa bugis ini...sile tunjuk ajar

roshazliza said...

Assalamualaikum....

roshazliza said...

apa khb semua, maaf di atas apa yang telah berlaku pada web nie. insyaAllah kami akan cuba memperbaikinya. terima kasih pada yang sudi menjengah laman web nie, jumpa lagi insyaAllah....
Assalamualaikum kembali.

Anonymous said...

as-salam.
tok chelak,tok chepoh mintak susu,tok bomoh,bidan lanjut berbaju kebaya lama bunga raya merah besar penjaga seluruh negeri perak,tok putih 2 ekor mudik sungai perak.
dunia di akhir zaman,mata pun dah terkedip-kedip melihat objek bergerak di hujung mata.salam gangga negara,sirih diletak pinang dikacip dengan kacip pepatung.

roshazliza said...

assalamualaikum....kpda pnghantar msej date 25 dec 2010 , bleh tlng trangkan apa maksudnya msej tersebut. apa pun terima kasih. wassalam....

Anonymous said...

sy ni xtau la yg mana. tp asal moyang sy bugis tulen. kpg penghulu him kt sg petani tu moyang sy la, nama dia ibrahim. dia mai bukak kpg situ, jdla kpg pghulu him. tu la yg sy tau pun. klo ada apa2 info yg sy sendiri x tau, cntct 0172510798. nama sy acap.

tengku daeng bahaismail said...

kepada semua keturunan dari pada anak raja bugis lima bersaudara salam sejahtera serta saya doakan semua panjang umur, jika mau melihat salasilah yang asal tentang raja bugis lima bersaudara yang datang ke nusantara sebelah barat termasuk semenanjung tanah melayu termasuk dapat menyelamatkan pemerintahan Kerajaan Johor yang diamuk oleh Raja Kecil dari Siak, bolehlah datang melawat ke Gallery saya yang terletak di pt.perpat rengit. yang dikenali sebagai BAHA HARITAGE D GALLERY kedatangan secara berkumpulan dan temu janji amatlah dialu-alukan. di Gallery saya menyimpan berbagai salasilah keturunan termasuk keturunan kerajaan pagaruyung, tetapi walau bagaimanapun ingatan saya kepada semua waris lima bersaudara yang berketurunan bugis luwuk bukan keturunan, darjat, pangkat, kekayaan yang mulia di sisi Allah SWT dan manusia kerana yang mulia itu adalah iman dan taqwa seseorang itu. yaitu habbluminnannas dan habbluminaallah. pegangan saya kalau kita pandai ada orang lebih pandai dari kita, kalau kita kaya, berpangkat dan berderajat ada orang yang lebih dari kita. kalau kita berkuasa, kuasa itu adalah amanah dan sementara ALLAH SWT berkuasa segala-galanya. kalau sudah pucuk menjolok langit jangan lupa akar dibumi, kalau senantiasa merenung keatas harus juga senantiasa merenung kebawah, orang bugis itu berani, orang bugis itu tidak mengganggu orang tapi pantang di ganggu, orang bugis itu tinggi maruahnya kalau maruahnya tercemar orang bugis itu berani berbadik di dalam kain,orang bugis itu juga berani mati kalau ia tidak puas hati, orang bugis terkenal dengan ilmu kelautan dan berlayar hingga ada gelaran perahu bugis,orang bugis itu suka bertani ketika dulu dan tidak suka bekerja di bawah orang lain. bugis juga mempunyai berbagai-bagai etnik diantaranya adalah bugis Luwuk, Bugis Bone, Selayar, Buton, Bugis Wajok, Bugis Toraja, dan berbagai lagi etnik lain. di malaysia ini 4 kerajaan yang masih kekal adalah keturunan bugis (bugis Luwuk) saya juga telah membuat suatu pendokumentasian berhubung dengan bugis Luwuk dan telah memberikan bahan rujukan kepada pihak Yayasan Warisan Negeri Johor, saya mempertahankan keturunan bugis Luwuk saya dengan nyawa dan airmata apabila saya dipanggil oleh seorang sultan di Malaysia dari jam 9 malam hingga 3.50 pagi bertarikh 6/4/1983 di sebuah istana.tetapi prinsip saya benar itu adalah benar tiada yang benar selain dari benar, benih yang baik itu kalau jatuh ke laut tetap menjadi pulau, di gantung saya tinggi, di bakar saya hangus, dipancung saya putus orang bugis seperti saya kalau memegang bara api akan sampai menjadi arang pesanan saya kepada semua saudara-saudara saya dari keturunan raja bugis lima bersaudara "bukan keturunan itu penting, yang penting adalah akhlak dan kerja keras kita untuk membentuk suatu melayu baru, kuat kerja supaya kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain di dalam negara Malaysia yang kita cintai ini"

wassalam dari saya
Dato Seri DR (HC) Tengku Daeng BahaIsmail Bin Tengku Daeng HJ. Ahmad,JP(NS)
tl. hp. 0127793666/0167870666

Anonymous said...

SY KETURUNAN BUGIS TP X PASTI ANTARA 5 BERADIK YG MNA SATU..ADE SESIAPA PANDAI BLH BERITAHU SALASILAH KETURUNAN SY

tengku daeng baha ismail said...

Opu We Tenri Borong Daeng Rilekke` yang kemudian bersuamikan Opu Daeng Kemboja.Dari hasil perkawinannya itu lahir lima orang putra, masing-masing Opu Daeng Parani, Opu Daeng Marewah, Opu Daeng Cellak, Opu Daeng Manambong dan Opu Daeng Kamase, yang sangat terkenal di Alam Melayu, mereka ada pelaut-pelaut ulung dari Tanah Bugis yang membawa kapal-kapal besar dengan angkatan perangnya berlayar dan menetap untuk tujuan menaklukkan daerah-daerah di sekitar perairan Selat Melaka. Mereka kemudian menetap di Negeri Johor-Riau dan sebagian menetap di Kesultanan Mempawah, Pontianak dan Sambas di Kalimantan Barat. Di Kesultanan Johor-Riau mereka turun temurun memegang jabatan penting sebagai Yang Dipertuan Muda (Yamtuan) atau Perdana Menteri. Mereka mendapat jabatan tersebut setelah mereka terlibat dalam konflik di Kesultanan Johor-Riau.
Ketika pusat Kesultanan Johor berada di Riau, terjadi konflik kepentingan antara puak (orang-orang) Bugis, Minangkabau dan Patani. Puncaknya adalah ketika Raja Kecil putra dari Sultan Mahmud Syah II (1685-1699), merasa berhak atas tahta kesultanan. Maka bersama orang-orang Minangkabau, ia memberontak terhadap sultan yang berkuasa, yaitu Sultan Abdul Jalil Ri’ayat Syah IV (1699-1718). Raja Kecil kemudian menjadi sultan dengan gelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (1718-1722).
Dikemudian hari putera dari Sultan Ria’yat Syah IV, yaitu Raja Sulaiman menuntut balas dan juga merasa berhak atas tahta Kesultanan Johor. Raja Sulaiman kemudian dibantu oleh puak Bugis dengan sebuah perjanjian ” Bilamana orang-orang Bugis mampu merebut kekuasaan dari Raja Kecil, salah seorang dari mereka akan diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda (Perdana Menteri) secara turun temurun”. Perjanjian tersebut dikenal sebagai ”Aturan Setia Melayu dengan Bugis”.
Setelah memberontak selama empat tahun dibawah angkatan perang pimpinan Opu Daeng Marewah (Kelana Jaya Putera), akhirnya orang-orang Bugis berhasil menjatuhkan kekuasaan Raja Kecil. Raja Kecil akhirnya menyerah dan secara damai menyerahkan kekuasaan Kesultanan Johor kepada Raja Sulaiman. Kemudian Raja Kecil menuju Riau daratan dan mendirikan Kesultanan Siak Sri Indrapura di sana. Maka Raja Sulaiman pun menobatkan dirinya menjadi Sultan Johor dengan gelar Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah (1722-1760). Sultan Johor yang baru, Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah sebelumnya telah berjanji kepada orang-orang Bugis akan mengangkat salah seorang dari mereka sebagai Yang Dipertuan Muda (Yamtuan). Daeng Marewah kemudian diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda I. Jabatan Yang Dipertuan Muda kemudian dijabat secara turun temurun oleh orang-orang Bugis dan secara de facto merekalah sebenarnya yang menjalankan roda pemerintahan di Kesultanan Johor-Riau.

dato seri Dr(HC) Tengku Daeng BahaIsmail,JP(NS)

ABDUL HALIM YAACOB said...

Saya telah menulis sebuah naskhah pentas berjudul SENGKETA MENUNDANG PADAH dan pihak Kumpulan Bangsawan Seri Kedah (KBSK) yang dipimpin oleh Haji Morad Ibrahim (Pak Mord), seorang tokoh pementasan bangsawan terbilang bercadang akan merealisasikanya. Kisahnya ialah berkaitan penglibatan Daeng Parani berserta 4 orang saudaranya dalam usaha mengembalikan takhta yang telah dirampas oleh Raja Nambang, adinda tiri Sultan Zainal Adilin setelah dibantu oleh Raja Kechil dari Siak dan setelah berjaya Daeng Parani yang telah mengahwini adinda Sultan Zainal Adilin telah terkorban akibat ditembak oleh Raja Kechil. Namun sehingga kini entah di mana silapnya masih terpendam begitu sahaja. Khabarnya KBSK sedang berusaha untuk merealisasikan pementasan berdarkan Hikayat Merong Mahawangsa pula. Skrip berkaitan khabarnya belum sempurna. Saya juga sudah bosan dengan sikap yang diperlihatkan oleh KBSK ini.

OSK Bundle said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Waris Daeng Perani ni ada di sebelah utara je ke?..negeri-negeri lain xde?..

liza said...

Assalamualaikum.. saya tahu saya dari keturunan bugis tapi tak tahu ada kena-mgena dengan lima bersaudara atau tidak.. yang saya tahu dari atok saya nama daeng tu telah dipadamkan agar keturunannya tidak terus diburu.. nama atok saya musa bin daeng lion. daeng lion bin daeng gading(berdasar nama dibatu nisan arwah moyang saya di sg.buloh jeram, selangor.)ada sumber mengatakan daeng gading bin daeng dian bin daeng pukat (tp tak tahu la betul ke x..) ada tak sapa2 yg mungkin dapat membantu saya?? dah puas saya mencari.. nk tanya dgn org2 lama, semua dh xde..terima kasih..
p/s: tolong email saya ezzamas06@gmail.com

uwan abid said...

Assalam....kepada semua saudara mara keturunan Bugis, salam persaudaraan dari saya. Saya sebenarnya mohon kepada sesiapa yang tahu susur galur nenek saya Siti Zaharah binti Daeng Pelalo@Pelalu. Arwah nenek tinggal di Melaka.

Ahmad Safri said...

Sidam kiri ni kampung saya.... Nama datuk saya Allahyarham Ishak...Tok Jang saya baru meninggal tahun lepas...
Sesiapa yg tahu leh bagi info
safri@mactech-my.com

Anonymous said...

Saya razi... cicit kpd daeng marewah (seblah ibu)... skng berada di sabah.. teringin nk bkenalan dgn sedara mara yg len...